Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, October 4, 2017

My Pregnancy Journey : BERSALIN

Actually a few days earlier dah ada rasa macam senggugut tapi tak kerap. Tau itu braxton hicks je.

June 10, 2017 

Awal Pagi
Bangun tidur dengan rasa mild senggugut masa nak mandi perasan ada brownish discharge dekat panties. Cakap dekat husband, dia tanya sakit ke, I cakap sikit je, sama macam 2,3 hari lepas. Dia suruh I cuti, tapi I cakap tak pe lah I nak pergi kerja lagi pun rasa membazir ambik cuti hari Sabtu.

Tengah hari
Rasa sakit perut, tapi masih boleh tahan, maybe ini contraction sebenar. I guna contraction counter apps untuk keep track contraction. I tak nak pergi hospital tapi false alarm je. Tapi makin lama makin intense sakit tu, and makin panjang contraction tu melebihi 30 seconds ada yang almost 1 minutes. I rasa dah lain macam tapi masih boleh tahan lagi. I balik kerja awal sejam. Bukan sebab tak tahan sakit, tapi sebab malas nak kerja. 

4.30 PM
Sampai rumah, mandi solat asar. Gosok baju, sebab masa I pergi kerja I pakai long dress, kalau nak scan ke apa nanti kena angkat dari bawah. I tukar, pakai blouse dengan skirt, tu yang kena gosok semua. Then I makan nugget sebab I lapar (I tak puasa hari tu). I sakit perut macam nak membuang. I dah siap-siap membuang sebelum pergi hospital. 

5.30 PM 
Baru nak gerak pergi hospital. Traffic was crawling at that time dekat sejam baru sampai, I sempat tidur dalam kereta sebab mengantuk and I sangat relax masa tu sampai husband I pun drive pergi hospital tak ada rush langsung, santai je sebab dia tengok I relax. Sampai sana, dalam 6.30pm, doctor buat VE (seluk), dia suruh prepare pergi labour room, katanya bukaan dah 4 cm. Lepas tu doktor tu siap tanya lagi contraction lama tak? I jawab ada lah lebih 30 sec macam tu. Dia kata "lama jugak tu" tanya lagi, "tak sakit ke?" I kata "boleh lah." Doktor kata tu muka I nampak relax je macam tak sakit. So, nurse suruh I siap-siap nak masuk labour room. Tapi since I macam relax je, dia suruh I makan dulu katanya nanti tak bertenaga nak push. 

7.00 PM 
I duduk dengan husband dekat tempat duduk depan counter, tunggu waktu berbuka. Husband I buka puasa makan roti dengan bebola je. I makan kurma je sebab I kenyang makan nugget dekat rumah tadi. 

7.50 PM 
Masuk labour room, Nurse insist nak I naik wheel chair padahal I boleh je berjalan, tak apa lah orang nak tolakkan kita naik je lah. Maybe sebab tak nak blood pressure naik kot, tu yang dia tak bagi kita berjalan.

8.15 PM 
Nurse pasang alat CTG dekat perut,  buat VE, check bukaan, 4.5 cm. Dia tanya tak sakit ke, I cakap tak sangat. Dia nak percahkan air ketuban, katanya lepas pecah air ketuban baru akan sakit kuat. 8.30 pm macam tu dia pecahkan air ketuban. Baru rasa contraction sebenar. MasyaAllah sakitnya sampai ke pinggang. Kata nurse lambat lagi ni, anak first pulak. Selalunya sejam 1 cm. So I pun ingatkan lepas midnight baru bersalin.

9.00 PM 
Doktor offer ubat tahan sakit, I mesti lah nak. Bukan epidural ye. I tak tau namanya apa, yang cucuk dekat punggung tu lepas tu terus rasa mengantuk. I mengantuk sangat sampai I terlelap tak tau berdengkur ke tak, terjaga bila contraction tu sampai je. Every 2 hour nurse pasangkan tube nak kosongkan pundi kencing.  Contraction tu makin intense. Husband I tanya nak dia buat macam mana, nak urut ke apa ke? I macam tak boleh fikir, I just nak dia ada dekat sebelah I sambail pandang muka I tu je. I macam tak selesa kalau dia pegang I lebih-lebih. Cukup setakat pegang tangan I. I tengah focus nak buat breathing technique yang I belajar dekat antenatal class. Tapi sakit tak kurang pun, maybe I tak buat betul-betul kot.  I tak banyak ambik gas pun bila contraction tu datang, sekali 2 ada lah. 

11.00 PM
Nurse masuk check bukaan lagi. Katanya 7  cm macam tu lah. Lepas tu rasa lain macam macam nak meneran sangat tapi i tak teran pun, macam ada benda nak terkeluar je rasa. Nurse masuk dalam 11.20 - 11.30 macam tu nak chech CTG baby, lepas tu dia tanya dah rasa nak meneran sangat ke ni? I cakap ye, dia rasa macam automatik nak meneran. So, diorang prepare barang-barang semua. Dia suruh I pengang bukulali sambil teran. Mana sampai, perut I besar okay, so I pegang betis je. I teran, dia suruh I teran panjang sikit, dia kata I pandai teran. 2nd time I teran panjang sampai habis nafas. Lepas tu dia suruh I teran lagi, I kata "kejap-kejap, penat" haha. Dia kata mana boleh kejap-kejap anak awak dah nak terkeluar ni, husband I cakap dah nampak rambut. I teran panjang keluar dah kepala & teran paling panjang keluarlah seluruh tubuh baby tepat 11.46 pm. Dengar dia menangis. 

Nurse letak baby atas badan I sekejap, lepas potong tali pusat. I bukan nampak sangat pun baby I masa tu, letih, nampak kepala, rambut dengan muka dia nampak sikit-sikit. Masa tu husband I azan & qamat kan baby dekat telinga baby. 

Tunggu uri keluar, midwife kata tak boleh teran dia akan keluar sendiri. Lepas tu dia keluarkan darah beku sebelum jahit. Part  paling ngeri adalah jahit. Doktor ambik masa sejam jugak lah nak siapkan jahitan. Doktor bius sebelum jahit.  Doktor kata kulit I jenis lembut so kena be careful jaga baik-baik jahitan. Masa jahit I on gas setiap masa, sikit-sikit tekan gas. Nasib baik I tak muntah. Seriously I sangat takut masa kena jahit, masa gunting & contraction tu sakit tapi I tak ambik gas sangat. 

Oh btw, I kena gunting, maybe sebab bukaan baru 7 cm+ macam tu dah tak sabar nak meneran. Entah lah. Episiotomy I boleh tahan panjang. Nak duduk pun susah.

Alhamdulillah everything went well. Syukur sangat-sangat.




Papa & princess dia. Tengok Aleena, so cute & gebu. Lepas tu tak nak duduk dalam cot, menangis je dia. 
Bila bawak baring sebelah mama, sambil mama peluk dia diam je. Mama tak tidur malam tu tau, sebab risaukan Aleena duduk 1 katil dengan mama, Aleena tidur tengah sikit, mama baring hujung katil je, dah lah nak gerak susah, dan sakit nak duduk. -__-"

3.14 kg | 48 cm | 11.46 pm | 10 June 2017

Nak nangis lah tu, sebab biarkan dia dalam cot sorang-sorang. Nak dipeluk je. Dari lahir dah manja dengan mama budak ni. hehe



0 comment(s):

Post a Comment