Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

My Pregnancy Journey : BERSALIN

Actually a few days earlier dah ada rasa macam senggugut tapi tak kerap. Tau itu braxton hicks je.

June 10, 2017 

Awal Pagi
Bangun tidur dengan rasa mild senggugut masa nak mandi perasan ada brownish discharge dekat panties. Cakap dekat husband, dia tanya sakit ke, I cakap sikit je, sama macam 2,3 hari lepas. Dia suruh I cuti, tapi I cakap tak pe lah I nak pergi kerja lagi pun rasa membazir ambik cuti hari Sabtu.

Tengah hari
Rasa sakit perut, tapi masih boleh tahan, maybe ini contraction sebenar. I guna contraction counter apps untuk keep track contraction. I tak nak pergi hospital tapi false alarm je. Tapi makin lama makin intense sakit tu, and makin panjang contraction tu melebihi 30 seconds ada yang almost 1 minutes. I rasa dah lain macam tapi masih boleh tahan lagi. I balik kerja awal sejam. Bukan sebab tak tahan sakit, tapi sebab malas nak kerja. 

4.30 PM
Sampai rumah, mandi solat asar. Gosok baju, sebab masa I pergi kerja I pakai long dress, kalau nak scan ke apa nanti kena angkat dari bawah. I tukar, pakai blouse dengan skirt, tu yang kena gosok semua. Then I makan nugget sebab I lapar (I tak puasa hari tu). I sakit perut macam nak membuang. I dah siap-siap membuang sebelum pergi hospital. 

5.30 PM 
Baru nak gerak pergi hospital. Traffic was crawling at that time dekat sejam baru sampai, I sempat tidur dalam kereta sebab mengantuk and I sangat relax masa tu sampai husband I pun drive pergi hospital tak ada rush langsung, santai je sebab dia tengok I relax. Sampai sana, dalam 6.30pm, doctor buat VE (seluk), dia suruh prepare pergi labour room, katanya bukaan dah 4 cm. Lepas tu doktor tu siap tanya lagi contraction lama tak? I jawab ada lah lebih 30 sec macam tu. Dia kata "lama jugak tu" tanya lagi, "tak sakit ke?" I kata "boleh lah." Doktor kata tu muka I nampak relax je macam tak sakit. So, nurse suruh I siap-siap nak masuk labour room. Tapi since I macam relax je, dia suruh I makan dulu katanya nanti tak bertenaga nak push. 

7.00 PM 
I duduk dengan husband dekat tempat duduk depan counter, tunggu waktu berbuka. Husband I buka puasa makan roti dengan bebola je. I makan kurma je sebab I kenyang makan nugget dekat rumah tadi. 

7.50 PM 
Masuk labour room, Nurse insist nak I naik wheel chair padahal I boleh je berjalan, tak apa lah orang nak tolakkan kita naik je lah. Maybe sebab tak nak blood pressure naik kot, tu yang dia tak bagi kita berjalan.

8.15 PM 
Nurse pasang alat CTG dekat perut,  buat VE, check bukaan, 4.5 cm. Dia tanya tak sakit ke, I cakap tak sangat. Dia nak percahkan air ketuban, katanya lepas pecah air ketuban baru akan sakit kuat. 8.30 pm macam tu dia pecahkan air ketuban. Baru rasa contraction sebenar. MasyaAllah sakitnya sampai ke pinggang. Kata nurse lambat lagi ni, anak first pulak. Selalunya sejam 1 cm. So I pun ingatkan lepas midnight baru bersalin.

9.00 PM 
Doktor offer ubat tahan sakit, I mesti lah nak. Bukan epidural ye. I tak tau namanya apa, yang cucuk dekat punggung tu lepas tu terus rasa mengantuk. I mengantuk sangat sampai I terlelap tak tau berdengkur ke tak, terjaga bila contraction tu sampai je. Every 2 hour nurse pasangkan tube nak kosongkan pundi kencing.  Contraction tu makin intense. Husband I tanya nak dia buat macam mana, nak urut ke apa ke? I macam tak boleh fikir, I just nak dia ada dekat sebelah I sambail pandang muka I tu je. I macam tak selesa kalau dia pegang I lebih-lebih. Cukup setakat pegang tangan I. I tengah focus nak buat breathing technique yang I belajar dekat antenatal class. Tapi sakit tak kurang pun, maybe I tak buat betul-betul kot.  I tak banyak ambik gas pun bila contraction tu datang, sekali 2 ada lah. 

11.00 PM
Nurse masuk check bukaan lagi. Katanya 7  cm macam tu lah. Lepas tu rasa lain macam macam nak meneran sangat tapi i tak teran pun, macam ada benda nak terkeluar je rasa. Nurse masuk dalam 11.20 - 11.30 macam tu nak chech CTG baby, lepas tu dia tanya dah rasa nak meneran sangat ke ni? I cakap ye, dia rasa macam automatik nak meneran. So, diorang prepare barang-barang semua. Dia suruh I pengang bukulali sambil teran. Mana sampai, perut I besar okay, so I pegang betis je. I teran, dia suruh I teran panjang sikit, dia kata I pandai teran. 2nd time I teran panjang sampai habis nafas. Lepas tu dia suruh I teran lagi, I kata "kejap-kejap, penat" haha. Dia kata mana boleh kejap-kejap anak awak dah nak terkeluar ni, husband I cakap dah nampak rambut. I teran panjang keluar dah kepala & teran paling panjang keluarlah seluruh tubuh baby tepat 11.46 pm. Dengar dia menangis. 

Nurse letak baby atas badan I sekejap, lepas potong tali pusat. I bukan nampak sangat pun baby I masa tu, letih, nampak kepala, rambut dengan muka dia nampak sikit-sikit. Masa tu husband I azan & qamat kan baby dekat telinga baby. 

Tunggu uri keluar, midwife kata tak boleh teran dia akan keluar sendiri. Lepas tu dia keluarkan darah beku sebelum jahit. Part  paling ngeri adalah jahit. Doktor ambik masa sejam jugak lah nak siapkan jahitan. Doktor bius sebelum jahit.  Doktor kata kulit I jenis lembut so kena be careful jaga baik-baik jahitan. Masa jahit I on gas setiap masa, sikit-sikit tekan gas. Nasib baik I tak muntah. Seriously I sangat takut masa kena jahit, masa gunting & contraction tu sakit tapi I tak ambik gas sangat. 

Oh btw, I kena gunting, maybe sebab bukaan baru 7 cm+ macam tu dah tak sabar nak meneran. Entah lah. Episiotomy I boleh tahan panjang. Nak duduk pun susah.

Alhamdulillah everything went well. Syukur sangat-sangat.




Papa & princess dia. Tengok Aleena, so cute & gebu. Lepas tu tak nak duduk dalam cot, menangis je dia. 
Bila bawak baring sebelah mama, sambil mama peluk dia diam je. Mama tak tidur malam tu tau, sebab risaukan Aleena duduk 1 katil dengan mama, Aleena tidur tengah sikit, mama baring hujung katil je, dah lah nak gerak susah, dan sakit nak duduk. -__-"

3.14 kg | 48 cm | 11.46 pm | 10 June 2017

Nak nangis lah tu, sebab biarkan dia dalam cot sorang-sorang. Nak dipeluk je. Dari lahir dah manja dengan mama budak ni. hehe



Read More

Wednesday, August 16, 2017

My Pregnancy Journey - MENGIDAM

Hi,

Sepanjang mengandung I tak ada mengidam yang pelik-pelik. Biasa-biasa je & tak urgent, tak kisah pun kalau kena tunggu weekend ke apa, janji dapat.

- Masak lemak siput sedut,

Mula-mula Husband bawak makan siput sedut dekat kedai. Dapat lah merasa, tapi minggu depan nya tu dia belikan siput sedut dekat pasar tani. Dia tolong potong siput tu, cuci semua. I tinggal masak je.

- Durian

Ini ada payah sikit, masa durian tengah banyak I tak terasa pun nak makan durian, Bila dah hujung-hujung musim baru tekak terasa nak makan durian. Tapi masa tu durian mahal. Sekilo RM30 durian yang biasa-biasa je. Husband kata minggu depan lah, dah gaji, sedap sikit nak memilih durian. Tapi dia lupa. Minggu depan lagi nya tu pun dia lupa. Minggu ke tiga baru dia belikan sebab baru teringat. haha

- Sotong goreng tepung

Ada 1 hari tu, dekat office lagi I dah terasa nak makan sotong goreng tepung. Ingatkan balik nanti singgah pasaraya nak beli sotong. Sekali sotong tak ada. Sedih nya. Tapi I jenis malas nak keluar malam semata-mata nak makan sotong goreng tepung. Penat. Lagi pun I dah masak. Esoknya nak cari lagi sotong, pun tak ada. Sampai lah weeked tu balik kampung, mama belikan sotong. Dapat jugaklah sotong goreng tepung.

- Seafood

Ini mengidam masa 1st trimester, Husband bawak makan dekat senibong, pilih lah nak makan seafood apa. Masa 1st trimester 3 kali rasanya makan seafood dekat senibong. Butter prawn, crab with salted egg sauce, ikan kerapu 3 rasa, oh my goodness, terliur.  But seafood craving setiap masa. Semua yang I craving pun semuanya seafood selain durian.


I ni nasib baik bukan jenis kalau terasa nak makan nak kena waktu tu jugak.

x

Read More

My Pregnancy Journey - ALAHAN


hi,

I'm starting a series of entry about a journey that I went through when I was pregnant with my first born. Cerita daripada alahan, mengidam, labour story, etc.


Let's start with alahan yang I alami sepanjang mengandung.

1st trimester 

-         Mual & muntah tapi usually bukan waktu pagi, selalunya lepas makan tengah hari.
-         Badan beranggin, lambat makan mesti rasa perut sebu, pening lah, angin satu badan.
-         I tak boleh makan banyak nanti I m
-         I jadi cepat letih & rasa malas
-        Suka tembikai, selalu makan tembikai, minum jus tembikai. Setiap kali makan dekat luar I akan order jus tembikai

2nd trimester 

-         Muntah & mual memang dah kurang
-         Sakit kat pangkal peha kanan (bahagian belakang). Sakit sangat macam I baru habis marathon. 
-       Hujung-hujung 2nd trimester I muntah & mual balik, tak boleh makan lebih sikit, mesti akan muntah.

3rd trimester (paling mencabar)

-         Masuk je 3rd trimester, I kena demam & selsema. Lama jugak selsema dekat 2 minggu,
-         Then batuk pulak, batuk pun agak lama (sebulan lebih kot?)
-         Lepas tu kena buasir, tapi minor je, sebab batuk terlalu kuat & baby semakin membesar. Lepas dapat ubat masuk ikut anus tu, 3 hari mcm tu dah ok,
-         Sakit ribs sebelah kanan, sebab batuk jugak lah ni.
-         Then batuk berhenti sekejap & sambung balik. Batuk sampai muntah-muntah. Teruk, I malam tak boleh tidur pasang airconditioner. Lepas tu siap-siap letak tong sampah  kosong sebelah katil sebab kalau I batuk teruk I akan muntah dan sesak nafas. Selalu kalau I sesak nafas I kejutkan husband. Kesian husband I tidur tak lena sebab I batuk teruk
-        Kaki tak bengkak sangat macam some people kaki dia jadi gebu gitu, I ada sikit je tu pun tak perasan sangat kaki bengkak, cuma rasa sandal macam ketat sikit
-         Tulang dekat bahagian ari-ari tu sakit. Especially waktu malam, nak beralih tempat tidur pun susah, mesti terjaga setiap kali beralih tempat tidur sebab sakit.


Actually, I jot down apa yang I lalui sepanjang mengandung by weekly. For example, week 25 apa yang I lalui from the first day to day 7th briefly in a note book. So, I boleh keep track apa yang I rasa week by week during pregnancy.



My life savior! I tak boleh makan masam untuk kurangkan rasa mual I jadi makin rasa nak muntah adalah. So I makan fisherman's friend. Selalu I akan makan yang original, tak ada flavor lebih mujarab. 
Read More