Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Tuesday, October 2, 2018

Pengalaman berpuasa sambil menyusukan bayi

Entry ni dah lama juga I draft tapi baru ni I post.

Puasa tahun ni Aleena dah nak masuk setahun setahun. Still menyusu dengan mama. Alhamdulillah dapat puasa penuh & dan cukup susu untuk stock Aleena. I tak ada specific makanan yang I ambil untuk cukupkan susu. Susu I tak semeriah dulu, but cukup untuk anak I. Alhamdulillah.

I make sure I bangun sahur untuk makan & minum air secukupnya. Ada 2 hari I terlepas sahur. I dah terjaga tapi susukan anak, so I kejutkan my husband, Then we both terlelap. Sedar-sedar dah azan subuh. Menangis I sebab tak sahur. Seriously kalau tak sahur, I rasa sangat letih. I rasa minum air dan kurma pun insyaAllah cukup. Janji minum air. Kalau tak rasa haus tu macam tak tertahan.

Bila berbuka I banyakkan minum air masak. Makan pun banyak juga waktu malam sebab lapar. Tapi I ambil langkah berjaga-jaga masa awal puasa. I baca pasal susu & kurma blend together. So I pun buat lah. first few days I buat. Then I skip sebab nak tengok betul ke boleh tambah tenaga. For me, cukup makan kurma macam biasa je. I honestly tak rasa apa-apa perbezaan.

Overall, untuk pengalaman puasa tahun ni sambil menyusukan anak 11-12 bulan tak lah seteruk mana, cuma kena bangun sahur & minum air banyak. Selebihnya macam biasa je. Kalau terlepas sahur macam I hari tu, cuba untuk tak fikirkan rasa haus tu. Selebihnya doa supaya kuat untuk habiskan puasa hari tu.
Read More

Thursday, March 1, 2018

Pengalaman pertama terbang bersama baby


Last weekend Aleena pergi Penang, naik flight. Pengalaman pertama Aleena naik flight. Mama nervous betul takut Aleena menangis. So basically ada 3 flights untuk perjalanan pergi dan balik. JB > Penang, Alor setar > KL, KL > JB.

Waktu pergi, flight from JB to Penang is at 8.35 am. Since ada infant, so tak boleh online check in. Around 7.20 am dah sampai airport, check in, then terus breakfast. Kesian Aleena 6.30 pagi dah kena mandi. Tapi Alhamdulillah mood dia okay. Tak lah ceria sangat tapi tak grumpy.  1st thing yang I buat masa masuk dalam kapal terbang is susukan dia. Direct feeding, nasib baik I duduk sebelah tingkap.  Then masa take off dia dah mamai nak tidur. 10 minutes before landing baru Aleena bangun. So, no drama. Dah lah naik AirAsia. Duduklah anak beranak bersempit. 

On our way home, From Alor Setar to KL. Aleena tak nak tidur sebab dia dah tidur on the way ke airport. I dah boleh agak dia mesti grumpy nanti dalam flight. Sebab dia dah tidur awal. Of course I tau, I mak dia. (duuhhh). And I punya prediction betul. Dia mengamuk all the way from Alor Setar to KL. 55 minutes my husband and I struggled. Aleena keep touching her ears. Tahu lah telinga dia tak selesa, even I bagi dia susu pun still dia tak selesa. Walaupun naik MAS selesa dapat duduk seat depan, still Aleena mengamuk. Sorry lah pada penumpang lain kalau rasa terganggu dengan suara anak I yang kuat tu. I tahu orang marah dengan I sebab the Indian lady yang duduk belakang I jeling I masa I nak keluar. haha. 

Then the flight from KL > JB, (MAS again) (2.40 pm) , Alhamdulillah, Aleena tidur. Walaupun daripada turun flight from Alor Setar dia tidur lena dalam stroller, I kejutkan dia around 12.40 tgh hari, bagi dia makan, tukar kan lampin & susukan dia. Smart moves. Daripada biarkan dia tidur sebab kesian dia penat, at the end nanti dia jugak yang tak selesa sepanjang flight. I believe my instinct. Mak-mak sila percaya instinct sendiri dan buat strategy yang betul untuk keselesaan bersama.

STROLLER

Naik Air Asia:

Stroller I tak ada tag pun. I baca pengalaman orang lain, masa check in barang nanti dia bagi tag untuk stroller, tapi I tak ada pun. Terus je bawak stroller letak dekat tangga masa nak naik flight. (siap-siap lipat). Lepas tu stroller I ambil sekali dekat tempat ambil bagasi.

Naik MAS:
Stroller boleh bawak sampai bridge (depan pintu pesawat), tag akan diletakkan dekat stroller masa masa kita check in. Nanti dah sampai tunggu sekejap dekat bridge, dia akan ambilkan stroller untuk kita. 

Based on our recent trip, My husband kata Aleena belum fit untuk travel jauh. Husband I kata kalau bawak infant tak boleh aktivity penuh 1 hari. Mesti ada rest time, kena santai-santai je. Last month pergi Genting berjalan seharian pun sebab nak test Aleena punya mood. But since most of the time dia dalam stroller, so dia bebas nak tidur.

TIPS

1. Baby rasa tak selesa. Dia mungkin akan memangis atau menjerit. Jadi mommy and daddy kena cekal. Cuba yang terbaik layan anak kita. Plus, tebalkan muka kalau ada penumpang lain complaint or buat muka.

2. Waktu menunggu (selepas chek in) main-main dengan baby dulu. Biar dia penat. Nanti dalam flight dia boleh tidur.

3. Bawak selimut sendiri. Walaupun naik MAS, akan dibekalkan selumut & bantal kecil, tapi ada baiknya bawak selimut sendiri. Sweater / baju tebal /baju sejuk, bawak lah.

4. Selesakan baby sebelum naik flight. Pakaikan pakaian yang selesa, ganti diaper. Kalau anak kita berpeluh sebelum tu, ganti sekali baju dia masa dekat airport.

5. Susukan dia semasa take off. Sebab baby mungkin rasa tak selesa dibahagian telinga semasa take off & landing. Atau beri dia puting atau air, supaya dia boleh menelan airliur / sesuatu untuk kurangkan rasa dengung pada telinga.

6. Jangan biar baby lapar atau terlalu kenyang. Beri dia makan sejam sebelum naik flight. (Pandai-pandai lah ibu arrange masa & makanan yang diberikan) For me, I bagi makan makanan biasa yang I bawak dari rumah. I tak nak risk bagi dia makan makanan yang dia tak pernah makan, I takut nanti dia cirit ke or kembung perut ke. 

The very first plane ride for Aleena. (8 months)
Penat sangat. Kesian sebenarnya tengok dia penat.
Read More

Monday, January 29, 2018

Aleena's weaning journey (& nasihat mama juga)

I started introducing Aleena dengan solid food masa genap dia 6 bulan, means 10 Dec baru I bagi dia makan. I memang skema like that. If you read articles from overseas in some countries dia advice to start at 4 months. Tapi kan dekat Malaysia, nurse dah pesan awal-awal "jangan bagi makan sebelum 6 bulan ye" 

I amalkan 3 days rule masa mula-mula ni. 3 hari bagi makan makanan yang sama je. (Untuk tahu apa yang trigger allergic reaction(kalau ada)). For me I start dengan 1 ingredient dulu. After 3 - 4 weeks baru introduce 2 ingredients.  1st few weeks focus untuk ajar Aleena makan je. 30ml puree selalunya dia tak habis pun, 1st week dia banyak luahkan balik makanan. 2nd week dia tak luah kan lagi, cuma still tak habiskan 30ml puree sekali makan.

3rd week, dia dah pandai makan sikit. Dah pandai buka mulut bila nampak makanan, dia tau itu 'meal time'. Boleh nampak dia dah ready untuk makan. So I start dengan 2 ingredients pulak. Well Actually 3 kalau count betul-betul. Cereal + vegetable. Cereal : rice + millet, sayur I selalu bagi broccoli or carrot. On the 4th week, dia dah tahu masa makan dia. I switch between puree buah buahan  or sayur sayuran dengan nasi. 

Seseparuh buah dan sayur mungkin nampak berkhasiat & lembut tapi hakikatnya lembut bagi kita belum tentu lembut bagi baby, plus, ingat, some buah ada serat yang baby belum pandai telan. So, make sure kisar makanan. kalau lenyekkan make sure lenyekkan betul-betul sampai tak nampak bentuk pepejal & asingkan serat buah yang kasar.
"some common vegetables such as beets, spinach, fennel, collard greens and lettuce contain levels of nitrates too high for your baby to process. "
My mom awal-awal lagi dah pesan jangan bagi ikan bilis before anak 1 tahun. Why? Sebab ikan bilis kan masin. Some article they suggest to not giving makanan bergaram sehingga anak 2 tahun. Sebab kandungan sodium dalam susu ibu dah mencukupi bagi anak. So, no salt to budak under 2 years old.

And for teething, ada orang bagi biskut, but my we prefer bagi Aleena buah letak dalam fruit feeder.

As a working mom, I selalunya tak banyak masa nak masak hari-hari. I akan masak 2 kali seminggu. Lebih kurang 3 hari sekali. Boleh juga masak seminggu sekali. Tak kisah. Yang penting simpan dekat dalam bekas yang boleh tutup rapat. 

Contoh puree yang I buat, (rice+millet+ brokoli) (rice+millet+carrot)(pear)(carrot)
Apa yang kita perlu prepare?

1. Weaning spoon (kalau boleh gunakan yang silicone tip, sebab kurangkan risiko mencederakan gusi baby)
2. Cubalah masak sendiri makanan anak dirumah
3. Cubalah tak perkenalkan dia dengan store bought food. Macam makanan segera (bubur, nestum, biskut, etc) pada peringkat awal.
4. Masak sekadar mencukupi untuk stock seminggu paling lama.  Jangan simpan makanan anak terlalu lama.
5. Fruit feeder. So that tak ada lah termakan cebisan2 buah yang besar.
6. Kalau tak mapu beli food processor, guna apa yang ada dirumah, kalau boleh blender jangan sama dengan yang kita pakai buat blend cili. boleh guna hand blender. kalau tak juga boleh lenyek pakai tapis besi. (macam orang dulu-dulu)
7. Cutting board baru. I personally asingkan cutting board I guna untuk siang ikan & potong buah & sayur untuk baby. Kita tak tau kita cuci bersih atau tidak cutting board yang kita guna untuk siang ikan, ayam, daging. 
8. If possible sediakan high chair, dengan harapan boleh ajar table manner 

Cereal I guna little baby grain(rice+millet), boleh beli dekat dekat kedai baby, Happy kiddo ada kot.
Cari dekat kedai baby yang jual barang-barang premium. 

Honestly, I (& my husband) memang sangat tak suka orang main suap-suap anak I dengan makanan yang bukan sepatutnya dia makan. My husband and I agreed yang Aleena hanya makan makanan yang I masak di rumah, except kalau keadaan sangat terdesak (at least untuk umur sekarang.) Sometimes kita tak boleh nak tegur, just pray for the best and people, please understand that "itu anak orang, please ask their parents first". You tak tau maybe dia ada allergic reaction dengan certain food ke? Please respect the parents' decision. Kalau parents dia kata tak payah bagi, just jangan bagi. Don't argue & don't ask further dan jangan memandai-mandai.

Bila kita makan, and baby menganga mulut, belum tentu dia lapar & nak kan makanan. Dia sedang belajar,mimicking our expression. Understand that. Don't simply suap itu ini. Jangan guna alasan 'kesian'. Kalau sayangkan baby tu, kesiankan lah tubuh kecil tu makan makanan yang complex & sukar untuk dia hadam.

I cakap mengikut pengalaman I sendiri. Anak I perut tak selesa & cirit sikit sehari selepas diberi makan aiskrim & peach (canned). Alhamdulillah. Tak teruk.

Some parents memang tak kisah, even anak belum umur 6 months pun dah start suap kek. But some parents kisah. For me, anak masing-masing, cara masing-masing. As long as the parents rasa ia selamat & tak memudaratkan anak, go ahead dengan parenting method tu. I don't judge. You do you. Tapi BIG NO kalau outsider yang memandai-mandai.

One more thing, air. Kadang-kadang air dekat kedai makan tu tak dimasak, tak tau ambil air dari RO machine mana yang dah berapa lama tak service. Bring your own water untuk anak, atau minta bottled water.  

I hope what I write here will benefit you too.
Thank you for reading



Read More

Friday, November 3, 2017

[Review] Diapers in Malaysia market



Hi

As a first time mom, I excited nak buat yang terbaik untuk my baby. So, I started mintak samples from these diaper company. Tapi masa I bersalin I dapat samples dari hospital. Gift.

My baby dah try all these. 

1. Huggies Ultra
  • Absorbency  dia okay. Better than Huggies Dry
  • Surface quite soft
  • Cutting kecil
  • I tak pernah try pakai lama dari 6 hours, so sampai hour 6th masih boleh bertahan tanpa bocor
  • But if your baby lasak sikit or berak banyak mesti akan terkeluar najis tu kat bahagian tepi sebab cutting dia kecil
  • Harga dia mahal sikit dari huggies dry ye lah sebab ini premium line so, mesti lah masal sikit

2. Huggies Dry
  • Cutting kecil
  • But if your baby lasak sikit or berak banyak mesti akan terkeluar najis tu kat bahagian tepi sebab cutting dia kecil
  • Surface dia okay lah tak kasar tapi tak lembut sangat. Sedang-sedang
  • Harga kira berpatutan saing-saing drypers wee wee dry
  • First 3 weeks Aleena pakai ni. 2 packs. cutting dia kecik  so sesuai dengan newborn baby.

3. Mamypoko Air fit
  • Nipis
  • Cutting lebar
  • Surface lembut
  • Absorbency sangat okay. 10 hours of wearing memang tak ada masalah
  • Harga agak mahal banding dengan yang lain
  • Bahagian getah dekat peha tu sangatlah selesa, bila Aleena pakai tak de kesan getah pun tapi fit je dengan peha dia tak ade gelebeh-gelebeh lebihan kain/kertas dekat bahagia peha. Kalau pakai rompers tak nampak selekeh

4. Merries
  • Nipis
  • Cutting lebar macam mumypoko
  • Absorbancy dia okay sangat sama macam mamypoko air fit
  • Surface dia lembut 
  • Harga dia mahal sikit saing-saing harga mamypoko

5. Drypers touch
  • Cuting dia tak lebar sangat macam mamypoko tapi lebar dari huggies.
  • Absorbency okay. Saing-saing Huggies ultra tapi tak sehebat mamypoko
  • Surface dia lembut
  • Harga dia saing-saing harga mamypoko extra dry tapi murah dari mamy poko air fit
  • 8 hours of wearing so far okay lah. Tak sure boleh tahan lebih dari itu ke tak

6. Petpet
  • Harga berpatutan
  • Surface dia tak keras sangat tapi tak lembut sangat
  • Absorbency dia kategori okay lah. lebih kurang macam huggies
  • Vutting dia tak kecik & tak besar just standard macam drypers
  • 6 hours of wearing masih okay. Lebih dari tu I tak sure

7. Mamypoko Extra dry
  • Cutting lebar
  • Tak ada getah dekat bahagian belakang (annoys me). sebab Aleena sekarang dah lasak masa tidur kadang-kadang terlondeh.
  • Absorbency okay sangat. Dekat packaging tulis last up to 12 hours, memang betul pun. I dah test sendiri. Somehow, I rasa dia absorbency dia lebih baik dari mamypoko airfit
  • Cutting lebar
  • Surface lembut 
  • Kategory nipis, tapi tak senipis mamypoko air fit
  • harga not bad, tapi tak murah sangat lah saing saing harga drypers touch

8. Tesco love
  • Absorbency dia okay lah, lebih kurang macam petpet
  • cutting dia tak lah kecik sangat tapi still consider kecik
  • harga murah 
  • surface dia tak lembut, paling kasar antara yang I pernah try
  • kalau 6 hours of wearing masih boleh bertahan, lebih dari tu i tak sure

9. Genki
  • surface dia tak kasar, Okay lah macam petpet
  • absorbency dia  untuk 6-8 hour masih boleh bertahan
  • cutting dia sederhana tak lebar macam mamypoko tapi still tak kecik macam huggies or tesco love
  • 1 think I tak suka pasal Genki ni, kain/ kertas yang dekat bahagian tepi tu ( yang attached dengan velcro) tu nipis giler. 1 time husband I tarik kasar sikit, terus terkoyak. & messy. 
  • Harga dia agak berpatutan
10. Goo.n (updated dec 2017)

  • it remind me of merries.
  • sama sebijik macam texture marries
  • nipis tapi boleh absorb banyak
  • surface lembut.  
  • harga murah dari merries & mamypoko

Conclussion

Aleena start pakai mamypoko extra dry Since dia 3 weeks sampai hari ni. Especially time malam & keluar. waktu siang kalau dekat rumah / nursery dia still pakai brand yang murah sikit. I pun paling suka mamypoko extra dry, sebab masih dalam budget kami, absorbency dia okay untuk pakai waktu tidur. I tak rajin nak bangun 3 pagi tukar lampin anak. Pukul 12 I tukar, tu lah yang baby pakai sampai pagi. 

So far 1 hari Aleena pakai 4-5 keping diapers.(at least) kalau ikut waktu. Kalau dia berak or bocor lebih dari tu lah. Alhamdulillah bonbon(baby's bottom) tak merah / melecet / ruam. Pat dry, apply skin barrier cream (Aleena pakai brand Buds) baru pakai lampin. 

I still cari diaper yang sesuai best & budget friendly untuk Aleena. 

Since I pakaikan Aleena Goo.n, I rasa next time I tak payah beli 2 brand diapers lagi macam sekarang. I tried & tested, goo.n untuk penggunaan 12 jam, tak bocor, dia pun lembut & baby selesa. Tak ada bau hancing yang kuat and murah sikit dari mamypoko.
Read More

Wednesday, October 4, 2017

My Pregnancy Journey : BERSALIN

Actually a few days earlier dah ada rasa macam senggugut tapi tak kerap. Tau itu braxton hicks je.

June 10, 2017 

Awal Pagi
Bangun tidur dengan rasa mild senggugut masa nak mandi perasan ada brownish discharge dekat panties. Cakap dekat husband, dia tanya sakit ke, I cakap sikit je, sama macam 2,3 hari lepas. Dia suruh I cuti, tapi I cakap tak pe lah I nak pergi kerja lagi pun rasa membazir ambik cuti hari Sabtu.

Tengah hari
Rasa sakit perut, tapi masih boleh tahan, maybe ini contraction sebenar. I guna contraction counter apps untuk keep track contraction. I tak nak pergi hospital tapi false alarm je. Tapi makin lama makin intense sakit tu, and makin panjang contraction tu melebihi 30 seconds ada yang almost 1 minutes. I rasa dah lain macam tapi masih boleh tahan lagi. I balik kerja awal sejam. Bukan sebab tak tahan sakit, tapi sebab malas nak kerja. 

4.30 PM
Sampai rumah, mandi solat asar. Gosok baju, sebab masa I pergi kerja I pakai long dress, kalau nak scan ke apa nanti kena angkat dari bawah. I tukar, pakai blouse dengan skirt, tu yang kena gosok semua. Then I makan nugget sebab I lapar (I tak puasa hari tu). I sakit perut macam nak membuang. I dah siap-siap membuang sebelum pergi hospital. 

5.30 PM 
Baru nak gerak pergi hospital. Traffic was crawling at that time dekat sejam baru sampai, I sempat tidur dalam kereta sebab mengantuk and I sangat relax masa tu sampai husband I pun drive pergi hospital tak ada rush langsung, santai je sebab dia tengok I relax. Sampai sana, dalam 6.30pm, doctor buat VE (seluk), dia suruh prepare pergi labour room, katanya bukaan dah 4 cm. Lepas tu doktor tu siap tanya lagi contraction lama tak? I jawab ada lah lebih 30 sec macam tu. Dia kata "lama jugak tu" tanya lagi, "tak sakit ke?" I kata "boleh lah." Doktor kata tu muka I nampak relax je macam tak sakit. So, nurse suruh I siap-siap nak masuk labour room. Tapi since I macam relax je, dia suruh I makan dulu katanya nanti tak bertenaga nak push. 

7.00 PM 
I duduk dengan husband dekat tempat duduk depan counter, tunggu waktu berbuka. Husband I buka puasa makan roti dengan bebola je. I makan kurma je sebab I kenyang makan nugget dekat rumah tadi. 

7.50 PM 
Masuk labour room, Nurse insist nak I naik wheel chair padahal I boleh je berjalan, tak apa lah orang nak tolakkan kita naik je lah. Maybe sebab tak nak blood pressure naik kot, tu yang dia tak bagi kita berjalan.

8.15 PM 
Nurse pasang alat CTG dekat perut,  buat VE, check bukaan, 4.5 cm. Dia tanya tak sakit ke, I cakap tak sangat. Dia nak percahkan air ketuban, katanya lepas pecah air ketuban baru akan sakit kuat. 8.30 pm macam tu dia pecahkan air ketuban. Baru rasa contraction sebenar. MasyaAllah sakitnya sampai ke pinggang. Kata nurse lambat lagi ni, anak first pulak. Selalunya sejam 1 cm. So I pun ingatkan lepas midnight baru bersalin.

9.00 PM 
Doktor offer ubat tahan sakit, I mesti lah nak. Bukan epidural ye. I tak tau namanya apa, yang cucuk dekat punggung tu lepas tu terus rasa mengantuk. I mengantuk sangat sampai I terlelap tak tau berdengkur ke tak, terjaga bila contraction tu sampai je. Every 2 hour nurse pasangkan tube nak kosongkan pundi kencing.  Contraction tu makin intense. Husband I tanya nak dia buat macam mana, nak urut ke apa ke? I macam tak boleh fikir, I just nak dia ada dekat sebelah I sambail pandang muka I tu je. I macam tak selesa kalau dia pegang I lebih-lebih. Cukup setakat pegang tangan I. I tengah focus nak buat breathing technique yang I belajar dekat antenatal class. Tapi sakit tak kurang pun, maybe I tak buat betul-betul kot.  I tak banyak ambik gas pun bila contraction tu datang, sekali 2 ada lah. 

11.00 PM
Nurse masuk check bukaan lagi. Katanya 7  cm macam tu lah. Lepas tu rasa lain macam macam nak meneran sangat tapi i tak teran pun, macam ada benda nak terkeluar je rasa. Nurse masuk dalam 11.20 - 11.30 macam tu nak chech CTG baby, lepas tu dia tanya dah rasa nak meneran sangat ke ni? I cakap ye, dia rasa macam automatik nak meneran. So, diorang prepare barang-barang semua. Dia suruh I pengang bukulali sambil teran. Mana sampai, perut I besar okay, so I pegang betis je. I teran, dia suruh I teran panjang sikit, dia kata I pandai teran. 2nd time I teran panjang sampai habis nafas. Lepas tu dia suruh I teran lagi, I kata "kejap-kejap, penat" haha. Dia kata mana boleh kejap-kejap anak awak dah nak terkeluar ni, husband I cakap dah nampak rambut. I teran panjang keluar dah kepala & teran paling panjang keluarlah seluruh tubuh baby tepat 11.46 pm. Dengar dia menangis. 

Nurse letak baby atas badan I sekejap, lepas potong tali pusat. I bukan nampak sangat pun baby I masa tu, letih, nampak kepala, rambut dengan muka dia nampak sikit-sikit. Masa tu husband I azan & qamat kan baby dekat telinga baby. 

Tunggu uri keluar, midwife kata tak boleh teran dia akan keluar sendiri. Lepas tu dia keluarkan darah beku sebelum jahit. Part  paling ngeri adalah jahit. Doktor ambik masa sejam jugak lah nak siapkan jahitan. Doktor bius sebelum jahit.  Doktor kata kulit I jenis lembut so kena be careful jaga baik-baik jahitan. Masa jahit I on gas setiap masa, sikit-sikit tekan gas. Nasib baik I tak muntah. Seriously I sangat takut masa kena jahit, masa gunting & contraction tu sakit tapi I tak ambik gas sangat. 

Oh btw, I kena gunting, maybe sebab bukaan baru 7 cm+ macam tu dah tak sabar nak meneran. Entah lah. Episiotomy I boleh tahan panjang. Nak duduk pun susah.

Alhamdulillah everything went well. Syukur sangat-sangat.




Papa & princess dia. Tengok Aleena, so cute & gebu. Lepas tu tak nak duduk dalam cot, menangis je dia. 
Bila bawak baring sebelah mama, sambil mama peluk dia diam je. Mama tak tidur malam tu tau, sebab risaukan Aleena duduk 1 katil dengan mama, Aleena tidur tengah sikit, mama baring hujung katil je, dah lah nak gerak susah, dan sakit nak duduk. -__-"

3.14 kg | 48 cm | 11.46 pm | 10 June 2017

Nak nangis lah tu, sebab biarkan dia dalam cot sorang-sorang. Nak dipeluk je. Dari lahir dah manja dengan mama budak ni. hehe



Read More

Thursday, August 24, 2017

[Review] Earth Mama Angel Baby Nipple Butter



Product: Natural Nipple Butter
Brand: Earth Mama Angel Baby
Price: 39 - 70
Quantity:  30 ml & 60 ml

What it claims
  • Comforting, soothing Natural Nipple Butter herbal breastfeeding nipple cream is clinically tested, calendula rich, lanolin-free and non-sticky.
  • Moisturizes nipples and dry skin naturally with a buttery smooth organic plant based blend. 
  • For mama and baby, no need to wash it off before nursing! 
  • It’s the first Non-GMO Project Verified Nipple Cream, and made with Organic Calendula and Oils.
  • Apply after each feeding or as needed on lips, cheeks, heels, cuticles and elbows and liberally on flanges to help make pumping more comfortable.

the ingredients 

My thoughts 
  • Smells like cocoa butter. 
  • Cracked nipple will get better after overnight application.
  • Doesn't stain clothes 
  • Definitely soothes dry and itchy nipples
  • Lightweight and not sticky



Conclussion

I love it! I use it after feeding my baby whenever I feel itchy or dry around 'that area'. It really helps soothing discomfort nipple during latching. Sometimes Aleena ada sikit cradle cap dekat bahagian eyebrow so I sapu butter ni dekat bahagian eyebrow dia Alhamdulillah, hilang cradle cap tu. (temporary solution) Boleh guna untuk ruam susu dekat bahagian pipi baby jugak. Belum pernah try apply on Aleena's cheeks sebab so far dia tak ada ruam susu dekat pipi. Some people also use it to cure dry nail cuticle. Paling penting no rinse needed before nursing. Incase tengah malam anak nak menyusu, tak payah susah nak cuci atau tak payah risau kalau tak cuci bahagian tu. 

I never try other nipple cream, so I cannot compare this to other product. But I heard Medela Tender Care Lanolin is okay too.  But if you are like me, sejenis Ibu yang concern about what I'm putting to my baby, I suggest you to get this stuff. You can say good ye to dry nipples after that.


*Did you know lanolin is a wax secreted by the sebaceous glands of wool-bearing animals?
*I got mine from applecrumbyandfish (I shop wet wipes here too)

X




Read More