Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday, March 1, 2018

Pengalaman pertama terbang bersama baby


Last weekend Aleena pergi Penang, naik flight. Pengalaman pertama Aleena naik flight. Mama nervous betul takut Aleena menangis. So basically ada 3 flights untuk perjalanan pergi dan balik. JB > Penang, Alor setar > KL, KL > JB.

Waktu pergi, flight from JB to Penang is at 8.35 am. Since ada infant, so tak boleh online check in. Around 7.20 am dah sampai airport, check in, then terus breakfast. Kesian Aleena 6.30 pagi dah kena mandi. Tapi Alhamdulillah mood dia okay. Tak lah ceria sangat tapi tak grumpy.  1st thing yang I buat masa masuk dalam kapal terbang is susukan dia. Direct feeding, nasib baik I duduk sebelah tingkap.  Then masa take off dia dah mamai nak tidur. 10 minutes before landing baru Aleena bangun. So, no drama. Dah lah naik AirAsia. Duduklah anak beranak bersempit. 

On our way home, From Alor Setar to KL. Aleena tak nak tidur sebab dia dah tidur on the way ke airport. I dah boleh agak dia mesti grumpy nanti dalam flight. Sebab dia dah tidur awal. Of course I tau, I mak dia. (duuhhh). And I punya prediction betul. Dia mengamuk all the way from Alor Setar to KL. 55 minutes my husband and I struggled. Aleena keep touching her ears. Tahu lah telinga dia tak selesa, even I bagi dia susu pun still dia tak selesa. Walaupun naik MAS selesa dapat duduk seat depan, still Aleena mengamuk. Sorry lah pada penumpang lain kalau rasa terganggu dengan suara anak I yang kuat tu. I tahu orang marah dengan I sebab the Indian lady yang duduk belakang I jeling I masa I nak keluar. haha. 

Then the flight from KL > JB, (MAS again) (2.40 pm) , Alhamdulillah, Aleena tidur. Walaupun daripada turun flight from Alor Setar dia tidur lena dalam stroller, I kejutkan dia around 12.40 tgh hari, bagi dia makan, tukar kan lampin & susukan dia. Smart moves. Daripada biarkan dia tidur sebab kesian dia penat, at the end nanti dia jugak yang tak selesa sepanjang flight. I believe my instinct. Mak-mak sila percaya instinct sendiri dan buat strategy yang betul untuk keselesaan bersama.

STROLLER

Naik Air Asia:

Stroller I tak ada tag pun. I baca pengalaman orang lain, masa check in barang nanti dia bagi tag untuk stroller, tapi I tak ada pun. Terus je bawak stroller letak dekat tangga masa nak naik flight. (siap-siap lipat). Lepas tu stroller I ambil sekali dekat tempat ambil bagasi.

Naik MAS:
Stroller boleh bawak sampai bridge (depan pintu pesawat), tag akan diletakkan dekat stroller masa masa kita check in. Nanti dah sampai tunggu sekejap dekat bridge, dia akan ambilkan stroller untuk kita. 

Based on our recent trip, My husband kata Aleena belum fit untuk travel jauh. Husband I kata kalau bawak infant tak boleh aktivity penuh 1 hari. Mesti ada rest time, kena santai-santai je. Last month pergi Genting berjalan seharian pun sebab nak test Aleena punya mood. But since most of the time dia dalam stroller, so dia bebas nak tidur.

TIPS

1. Baby rasa tak selesa. Dia mungkin akan memangis atau menjerit. Jadi mommy and daddy kena cekal. Cuba yang terbaik layan anak kita. Plus, tebalkan muka kalau ada penumpang lain complaint or buat muka.

2. Waktu menunggu (selepas chek in) main-main dengan baby dulu. Biar dia penat. Nanti dalam flight dia boleh tidur.

3. Bawak selimut sendiri. Walaupun naik MAS, akan dibekalkan selumut & bantal kecil, tapi ada baiknya bawak selimut sendiri. Sweater / baju tebal /baju sejuk, bawak lah.

4. Selesakan baby sebelum naik flight. Pakaikan pakaian yang selesa, ganti diaper. Kalau anak kita berpeluh sebelum tu, ganti sekali baju dia masa dekat airport.

5. Susukan dia semasa take off. Sebab baby mungkin rasa tak selesa dibahagian telinga semasa take off & landing. Atau beri dia puting atau air, supaya dia boleh menelan airliur / sesuatu untuk kurangkan rasa dengung pada telinga.

6. Jangan biar baby lapar atau terlalu kenyang. Beri dia makan sejam sebelum naik flight. (Pandai-pandai lah ibu arrange masa & makanan yang diberikan) For me, I bagi makan makanan biasa yang I bawak dari rumah. I tak nak risk bagi dia makan makanan yang dia tak pernah makan, I takut nanti dia cirit ke or kembung perut ke. 

The very first plane ride for Aleena. (8 months)
Penat sangat. Kesian sebenarnya tengok dia penat.

0 comment(s):

Post a Comment