Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, October 2, 2018

Pengalaman berpuasa sambil menyusukan bayi

Entry ni dah lama juga I draft tapi baru ni I post.

Puasa tahun ni Aleena dah nak masuk setahun setahun. Still menyusu dengan mama. Alhamdulillah dapat puasa penuh & dan cukup susu untuk stock Aleena. I tak ada specific makanan yang I ambil untuk cukupkan susu. Susu I tak semeriah dulu, but cukup untuk anak I. Alhamdulillah.

I make sure I bangun sahur untuk makan & minum air secukupnya. Ada 2 hari I terlepas sahur. I dah terjaga tapi susukan anak, so I kejutkan my husband, Then we both terlelap. Sedar-sedar dah azan subuh. Menangis I sebab tak sahur. Seriously kalau tak sahur, I rasa sangat letih. I rasa minum air dan kurma pun insyaAllah cukup. Janji minum air. Kalau tak rasa haus tu macam tak tertahan.

Bila berbuka I banyakkan minum air masak. Makan pun banyak juga waktu malam sebab lapar. Tapi I ambil langkah berjaga-jaga masa awal puasa. I baca pasal susu & kurma blend together. So I pun buat lah. first few days I buat. Then I skip sebab nak tengok betul ke boleh tambah tenaga. For me, cukup makan kurma macam biasa je. I honestly tak rasa apa-apa perbezaan.

Overall, untuk pengalaman puasa tahun ni sambil menyusukan anak 11-12 bulan tak lah seteruk mana, cuma kena bangun sahur & minum air banyak. Selebihnya macam biasa je. Kalau terlepas sahur macam I hari tu, cuba untuk tak fikirkan rasa haus tu. Selebihnya doa supaya kuat untuk habiskan puasa hari tu.
Read More

Thursday, March 1, 2018

Pengalaman pertama terbang bersama baby


Last weekend Aleena pergi Penang, naik flight. Pengalaman pertama Aleena naik flight. Mama nervous betul takut Aleena menangis. So basically ada 3 flights untuk perjalanan pergi dan balik. JB > Penang, Alor setar > KL, KL > JB.

Waktu pergi, flight from JB to Penang is at 8.35 am. Since ada infant, so tak boleh online check in. Around 7.20 am dah sampai airport, check in, then terus breakfast. Kesian Aleena 6.30 pagi dah kena mandi. Tapi Alhamdulillah mood dia okay. Tak lah ceria sangat tapi tak grumpy.  1st thing yang I buat masa masuk dalam kapal terbang is susukan dia. Direct feeding, nasib baik I duduk sebelah tingkap.  Then masa take off dia dah mamai nak tidur. 10 minutes before landing baru Aleena bangun. So, no drama. Dah lah naik AirAsia. Duduklah anak beranak bersempit. 

On our way home, From Alor Setar to KL. Aleena tak nak tidur sebab dia dah tidur on the way ke airport. I dah boleh agak dia mesti grumpy nanti dalam flight. Sebab dia dah tidur awal. Of course I tau, I mak dia. (duuhhh). And I punya prediction betul. Dia mengamuk all the way from Alor Setar to KL. 55 minutes my husband and I struggled. Aleena keep touching her ears. Tahu lah telinga dia tak selesa, even I bagi dia susu pun still dia tak selesa. Walaupun naik MAS selesa dapat duduk seat depan, still Aleena mengamuk. Sorry lah pada penumpang lain kalau rasa terganggu dengan suara anak I yang kuat tu. I tahu orang marah dengan I sebab the Indian lady yang duduk belakang I jeling I masa I nak keluar. haha. 

Then the flight from KL > JB, (MAS again) (2.40 pm) , Alhamdulillah, Aleena tidur. Walaupun daripada turun flight from Alor Setar dia tidur lena dalam stroller, I kejutkan dia around 12.40 tgh hari, bagi dia makan, tukar kan lampin & susukan dia. Smart moves. Daripada biarkan dia tidur sebab kesian dia penat, at the end nanti dia jugak yang tak selesa sepanjang flight. I believe my instinct. Mak-mak sila percaya instinct sendiri dan buat strategy yang betul untuk keselesaan bersama.

STROLLER

Naik Air Asia:

Stroller I tak ada tag pun. I baca pengalaman orang lain, masa check in barang nanti dia bagi tag untuk stroller, tapi I tak ada pun. Terus je bawak stroller letak dekat tangga masa nak naik flight. (siap-siap lipat). Lepas tu stroller I ambil sekali dekat tempat ambil bagasi.

Naik MAS:
Stroller boleh bawak sampai bridge (depan pintu pesawat), tag akan diletakkan dekat stroller masa masa kita check in. Nanti dah sampai tunggu sekejap dekat bridge, dia akan ambilkan stroller untuk kita. 

Based on our recent trip, My husband kata Aleena belum fit untuk travel jauh. Husband I kata kalau bawak infant tak boleh aktivity penuh 1 hari. Mesti ada rest time, kena santai-santai je. Last month pergi Genting berjalan seharian pun sebab nak test Aleena punya mood. But since most of the time dia dalam stroller, so dia bebas nak tidur.

TIPS

1. Baby rasa tak selesa. Dia mungkin akan memangis atau menjerit. Jadi mommy and daddy kena cekal. Cuba yang terbaik layan anak kita. Plus, tebalkan muka kalau ada penumpang lain complaint or buat muka.

2. Waktu menunggu (selepas chek in) main-main dengan baby dulu. Biar dia penat. Nanti dalam flight dia boleh tidur.

3. Bawak selimut sendiri. Walaupun naik MAS, akan dibekalkan selumut & bantal kecil, tapi ada baiknya bawak selimut sendiri. Sweater / baju tebal /baju sejuk, bawak lah.

4. Selesakan baby sebelum naik flight. Pakaikan pakaian yang selesa, ganti diaper. Kalau anak kita berpeluh sebelum tu, ganti sekali baju dia masa dekat airport.

5. Susukan dia semasa take off. Sebab baby mungkin rasa tak selesa dibahagian telinga semasa take off & landing. Atau beri dia puting atau air, supaya dia boleh menelan airliur / sesuatu untuk kurangkan rasa dengung pada telinga.

6. Jangan biar baby lapar atau terlalu kenyang. Beri dia makan sejam sebelum naik flight. (Pandai-pandai lah ibu arrange masa & makanan yang diberikan) For me, I bagi makan makanan biasa yang I bawak dari rumah. I tak nak risk bagi dia makan makanan yang dia tak pernah makan, I takut nanti dia cirit ke or kembung perut ke. 

The very first plane ride for Aleena. (8 months)
Penat sangat. Kesian sebenarnya tengok dia penat.
Read More

Monday, January 29, 2018

Aleena's weaning journey (& nasihat mama juga)

I started introducing Aleena dengan solid food masa genap dia 6 bulan, means 10 Dec baru I bagi dia makan. I memang skema like that. If you read articles from overseas in some countries dia advice to start at 4 months. Tapi kan dekat Malaysia, nurse dah pesan awal-awal "jangan bagi makan sebelum 6 bulan ye" 

I amalkan 3 days rule masa mula-mula ni. 3 hari bagi makan makanan yang sama je. (Untuk tahu apa yang trigger allergic reaction(kalau ada)). For me I start dengan 1 ingredient dulu. After 3 - 4 weeks baru introduce 2 ingredients.  1st few weeks focus untuk ajar Aleena makan je. 30ml puree selalunya dia tak habis pun, 1st week dia banyak luahkan balik makanan. 2nd week dia tak luah kan lagi, cuma still tak habiskan 30ml puree sekali makan.

3rd week, dia dah pandai makan sikit. Dah pandai buka mulut bila nampak makanan, dia tau itu 'meal time'. Boleh nampak dia dah ready untuk makan. So I start dengan 2 ingredients pulak. Well Actually 3 kalau count betul-betul. Cereal + vegetable. Cereal : rice + millet, sayur I selalu bagi broccoli or carrot. On the 4th week, dia dah tahu masa makan dia. I switch between puree buah buahan  or sayur sayuran dengan nasi. 

Seseparuh buah dan sayur mungkin nampak berkhasiat & lembut tapi hakikatnya lembut bagi kita belum tentu lembut bagi baby, plus, ingat, some buah ada serat yang baby belum pandai telan. So, make sure kisar makanan. kalau lenyekkan make sure lenyekkan betul-betul sampai tak nampak bentuk pepejal & asingkan serat buah yang kasar.
"some common vegetables such as beets, spinach, fennel, collard greens and lettuce contain levels of nitrates too high for your baby to process. "
My mom awal-awal lagi dah pesan jangan bagi ikan bilis before anak 1 tahun. Why? Sebab ikan bilis kan masin. Some article they suggest to not giving makanan bergaram sehingga anak 2 tahun. Sebab kandungan sodium dalam susu ibu dah mencukupi bagi anak. So, no salt to budak under 2 years old.

And for teething, ada orang bagi biskut, but my we prefer bagi Aleena buah letak dalam fruit feeder.

As a working mom, I selalunya tak banyak masa nak masak hari-hari. I akan masak 2 kali seminggu. Lebih kurang 3 hari sekali. Boleh juga masak seminggu sekali. Tak kisah. Yang penting simpan dekat dalam bekas yang boleh tutup rapat. 

Contoh puree yang I buat, (rice+millet+ brokoli) (rice+millet+carrot)(pear)(carrot)
Apa yang kita perlu prepare?

1. Weaning spoon (kalau boleh gunakan yang silicone tip, sebab kurangkan risiko mencederakan gusi baby)
2. Cubalah masak sendiri makanan anak dirumah
3. Cubalah tak perkenalkan dia dengan store bought food. Macam makanan segera (bubur, nestum, biskut, etc) pada peringkat awal.
4. Masak sekadar mencukupi untuk stock seminggu paling lama.  Jangan simpan makanan anak terlalu lama.
5. Fruit feeder. So that tak ada lah termakan cebisan2 buah yang besar.
6. Kalau tak mapu beli food processor, guna apa yang ada dirumah, kalau boleh blender jangan sama dengan yang kita pakai buat blend cili. boleh guna hand blender. kalau tak juga boleh lenyek pakai tapis besi. (macam orang dulu-dulu)
7. Cutting board baru. I personally asingkan cutting board I guna untuk siang ikan & potong buah & sayur untuk baby. Kita tak tau kita cuci bersih atau tidak cutting board yang kita guna untuk siang ikan, ayam, daging. 
8. If possible sediakan high chair, dengan harapan boleh ajar table manner 

Cereal I guna little baby grain(rice+millet), boleh beli dekat dekat kedai baby, Happy kiddo ada kot.
Cari dekat kedai baby yang jual barang-barang premium. 

Honestly, I (& my husband) memang sangat tak suka orang main suap-suap anak I dengan makanan yang bukan sepatutnya dia makan. My husband and I agreed yang Aleena hanya makan makanan yang I masak di rumah, except kalau keadaan sangat terdesak (at least untuk umur sekarang.) Sometimes kita tak boleh nak tegur, just pray for the best and people, please understand that "itu anak orang, please ask their parents first". You tak tau maybe dia ada allergic reaction dengan certain food ke? Please respect the parents' decision. Kalau parents dia kata tak payah bagi, just jangan bagi. Don't argue & don't ask further dan jangan memandai-mandai.

Bila kita makan, and baby menganga mulut, belum tentu dia lapar & nak kan makanan. Dia sedang belajar,mimicking our expression. Understand that. Don't simply suap itu ini. Jangan guna alasan 'kesian'. Kalau sayangkan baby tu, kesiankan lah tubuh kecil tu makan makanan yang complex & sukar untuk dia hadam.

I cakap mengikut pengalaman I sendiri. Anak I perut tak selesa & cirit sikit sehari selepas diberi makan aiskrim & peach (canned). Alhamdulillah. Tak teruk.

Some parents memang tak kisah, even anak belum umur 6 months pun dah start suap kek. But some parents kisah. For me, anak masing-masing, cara masing-masing. As long as the parents rasa ia selamat & tak memudaratkan anak, go ahead dengan parenting method tu. I don't judge. You do you. Tapi BIG NO kalau outsider yang memandai-mandai.

One more thing, air. Kadang-kadang air dekat kedai makan tu tak dimasak, tak tau ambil air dari RO machine mana yang dah berapa lama tak service. Bring your own water untuk anak, atau minta bottled water.  

I hope what I write here will benefit you too.
Thank you for reading



Read More

Monday, January 15, 2018

Our recent weekend

On friday night my husband ada company dinner at Sheraton PJ, so dia suggest dekat I ambil cuti on Friday boleh teman dia pergi dinner. Although dinner is not for family member, tapi at least dia ada peace of mind bila anak isteri ada just a few floors above the ballroom. Sebab tu we all check in at Sheraton. (company tak sponsor. LOL)

Katil besar. I need this in my bedroom. So tak payah berhimpit dengan baby lagi, since sekarang baby I tidur lasak sikit,

The room is cozy & cantik, of course.  The bathroom ada glass window, so I boleh check my baby sambil berendam dalam tub and of course tengok tv at the same time.  Bathroom sangat selesa & bersih. Ada chiller, so I boleh simpan makanan baby I. Ada Iron board & reliable Iron (with steam function)  Kenapa I cakap 'reliable' sebab some hotel dia provide iron yang tak bagus, cepat panas atau tapak iron tu ada kesan-kesan kain melekat.

The next day (Saturday) Around 9.30 a.m we check-out from the hotel & heading to Genting Highland. I honestly tak pernah pergi Genting Highland. Ini my first time at Genting. Since sekarang Genting ada new cable car, ada new mall, ada Premium outlet, etc, so okay lah dah ada sebab I nak pergi. I tak interested pun dengan theme park, sebab I takut & gayat.

I pakaikan anak I long sleeve t-shirt, jeans, stocking tebal & jecket macam ni.  

We arrived around 10.50-11.00 am. Tak ramai orang lagi masa tu. Selesa nak berjalan. The promoter dekat Levi's pun cakap hari tu tak ramai sangat. maybe Because of the weather or sebab tengah bulan? Our first stop is Godiva shop. I had to taste the Ice cream. 1st, sebab memang perangai I suka makan ice cream waktu sejuk. 2nd I nak tahu is it worth the hype? Obviously, Ice cream mcDonald lebih smooth. For me it is not worth the RM25. GPO is more fun than JPO. Seriously. Sebab sejuk,  & sebab ada shops yang tak ada dekat JPO tapi ada GPO. I definitely akan pegi lagi. 

Ini lah dia Ice cream Rm25 tu. rasa dia okay, just texture dia tak selembut aiscream mcD
So I kena senyum lebar sebab Ice cream mahal husband belikan, tak boleh complaint 


So, around 1.30 - 2pm we went to SkyAvenue. Naik cable car around 10 minutes perjalanan and the ticket price is RM8 kalau tak silap. My husband yang belikan tiket, so I'm not so sure. Nak naik cable car, stroller kena lipat. Alhamdulillah my 7 months old daughter tak meragam lansung, dia sangat calm, boleh senyum-senyum dengan penumpang lain. So, that means boleh bawak pergi holiday jauh sikit. hehe Temperature dekat atas lagi sejuk dari dekat GPO dengan angin lagi. I tak pakai jacket or sweater or heat tech inner. Of course I had cold urticaria masa dekat sana. Nasib baik tak teruk. 


Then, we had our lunch dekat SkyAvenue. Then I jumpa Sephora. Then I saw Nars inside the Sephora. Then I went cray cray for a few seconds. Then I walked out from sephora with few hundreds less in my wallet. I tak plan pun nak beli make up, but dah terjumpa nak buat macam mana. haha

Around 5 pm I dah turun and balik terus. Bawak baby so tak boleh balik lewat sangat. I tak masuk banyak kedai dekat GPO, and I tak jalan habis pun dekat atas. Next time pergi insyaAllah nak jalan-jalan tempat lain. dekat SkyAvenue coming soon akan ada Jurasic Research Center, Haunted house, Repley's Belive it or not.

So, that's our recent weekend.






Read More

Sunday, January 7, 2018

Stroller Pilihan : Baby Jogger City Mini Zip


It depends on you, but these are some of the things that we considered before buying a stroller.

- Seat area yang selesa.
We prefer padded seat. Tu yang paling I suka dengan stroller pilihan I. As I compared to a few high end stroller, seat area dia just a canvas. Plus we prefer ruangan duduk yang spacious bukan jenis bucket seat.

- Easy to handle 
My husband's concern is boleh tak I handle stroller ni sorang diri. Boleh ke I fold & unfold dengan mudah? Boleh ke I angkat masuk dalam boot kereta?

- Budget. 
We had our budget. The stroller price must not exceed RM2000. (I had to eliminate baby zen yoyo from my list *cries*.  )

- Functions
Stroller ni function dia sama je. But I nak yang boleh fully recline. Because I nak pakai dari umur baby 1 months plus. At first I nak stroller yang boleh facing I not only forward facing. But itu bukan  my husband's priority sebab most stroller ada mesh window, so boleh je intai-intai baby.

- Technicality A+
My husband is very particular dengan perkara-perkara technical like stability, sturdiness, alignment, the break function. 4 wheels. Husband I tak berkenan 3 wheels stroller, dia cakap kurang stabil. haha. *engineer*

So we choose Baby Jogger City Mini Zip. Bukan stroller model baru dalam market.. Bukan juga stroller terbaik tapi masih dalam kategori stroller yang baik. Yang paling penting menepati ciri-ciri yang we both agreed.
Ni my daughter at 6 months old. Banyak lagi ruang kiri kanan. 



What we like about it  (& features)

1. canopy yang besar & meterial yang baik. The canopy boleh tutup 2/3 daripada bahagian seat stroller. So, Untuk outdoor use, sangat selesa. One time when we was at JPO, hari hujan, tak lebat sangat and my husband malas nak pusing semata2 nak lalu bawah tempat berbumbung untuk ke kedai seberang. Dia redah je hujan tu, and my daughter tak basah lansung and the canopy pun tak jadi lembab. Just wipe away titisan hujan tu & the canopy kering.


2. Mudah dilipat & kecil. (umbrella) .The folded dimensions are 10.2″H x 12.5″W x 29.5″L. Boleh tegakkan (berdiri) lepas fold. If I'm not mistaken berat stroller ni dalam 8 kg. I sendiri boleh angkat masukkan stroller ni dalam boot kereta or keluarkan.
3. Boleh recline. Almost 180 degree. So baby boleh rasa selesa bila tidur, macam tidur atas tilam.


4. 5 point harness. It has a 5 point adjustable padded harness with center release buckle.

5. Adjustable leg rest. The rest leg is adjustable with two positions: up and down. kalau budak besar boleh kebawahkan, so dia boleh juntai kan kaki dia ke bawah.

6. Basket yang agak luas. Basket bahagian bawah tu boleh muat medium size diaper bag. Boleh tampung berat sehingga 3kg, Plus huge pocket dekat bahagian belakang stroller, boleh letak kunci, etc. Bonus: cup holder.(detachable) Sangat berguna nak letak cawan air Starbucks/ coffee bean / tealive, chatime mak ayah.

7. The seat boleh accommodate daripada newborn baby sampai 25 KG. And also padded. *yay*

8. Front wheel suspension. There is a front wheel suspension that absorbs some of the bumps.

9. Handling pun ok. Kalau handle pakai 1 tangan pun senang, tak ada masalah.


I really hope apa yang I share boleh bantu parents yang tengah tercari-cari stroller apa nak beli. I Understand, some people prefer someting yg popular. To be honest, I almost bought quinny zapp flex plus. Just because my husband and I balik rumah dulu and fikirkan, kami beli sesuatu yang lebih murah & lebih puas di hati kami. Nasib baik I tak ikutkan hormone mengandung I masa tu.

I'm not saying this stroller better than the quinny one, both are great. Cuma fikirlah apa yang you rasa baik untuk you, your baby,  your wallet, your space. Some people prefer untuk beli stroller yg besar sebab cantik & trendy tapi bila nak travel susah, plus sangat tak convenient bila pakai kereta compact. But some people beli stroller yang compact & ringan tapi tak bersesuaian dengan newborn. Sampai sanggup letakkan baby 2 months dalam stroller yang tak boleh fully recline, kesian baby. I saw once baby around 2 months plus naik GB pockit +. Although boleh recline tapi sikit sahaja, tak boleh fully recline.  So, fikir baik-baik. Stroller bukan benda murah. Kalau rasa mampu beli lebih dari 1 stroller belilah macam mana yg nak pun. And tak perlu spend banyak untuk stroller, banyak sebenarnya stroller yang berpatutan dan sangat selesa & bagus. Don't stress out pasal nak beli stroller yang branded & mahal. Sesuaikan dengan bajet.

Apa pun do your own research. Baca review, test dulu dekat kedai. I prefer beli dekat physical store dari beli online. Sebab I boleh test time tu jugak, then I puas hati I bayar. But if you prefer to buy online, make sure pergi baby shop dulu and test your desired stroller.

Btw, I bought this stroller at the curve (first few years) nama kedai dia. I beli masa baby dah lahir, masa I baru habis pantang. Sebab husband I prefer letak baby dalam stroller masa nak test, nak make sure baby selesa.

Thanks for reading

Read More